Nov 27, 2013

buat kekasih-kekasih hati di raudhah sakinah

Dalam ribut
mencari khilaf
insan, yang katanya
mahu diperbetul.

kita sering
lupa pekung sendiri.
bukalah. tangiskan.
lari pada
Ilahi.

buat kamu,
maaf andai caraku,
tak kena pada tempat,
tersentuh pada rasa.

aku tidak mungkin seikhlas nabi,
cintaku tidak akan setulus Muhammad.

tapi
aku takut.
aku bimbang
aku tak mahu
kita bermusuh di sana nanti.

moga seiring
aksi dengan niat untuk
kita nanti saling berpimpin ke jannah.