Nov 18, 2013

2:30 51:56

Biar air mata ini
Jadi bukti 
saat 
rasa terlalu berdosa
saat
rindu yang terlalu
pada Yang Rahmatnya lebih besar dari dosa alam
dan
pada kekasihNya yang bersujud saban malam.

Saksikanlah bulan dan bintang
kami terus berlari
lewat-lewat jalan yang telah kau lalui
lewat derap-derap ladam kuda
lewat percik-percik darah merah
lewat gambar-gambar kejam kau diseksa
hanya kerana
yang mahu disebar itu 

cinta

Ya Wadud 
ampunkan kami yang 
adakala lupa
kadang pula lena.
ibadah longlai
quran sunnah terbengkalai

berikan aku erti susah
memasakkan agamaMu
kerana aku belum belajar rasa payah

Ampunkan ayah, telah banyak dia susunkan batubata akidahku
Ampunkan ibu, telah perit dia besarkan aku, 
Ampunkan adik, kerana mereka belum tahu,
Ampunkan kakak, kerana dia bantu aku kenal siapa aku.

Kurniakan
selaut kekuatan pada abang kakakku ibu adikku ayah nenda datukku
di dunia sana, sana, sana
semoga syahid mereka kau terima
sisipkan khabar aku sedang berperang dengan diri
dengan mentaliti manusiawi
yang bongkak angkuh 
perasan diri itu Ilahi.

untuk sahabat seperjalanan
kita punya ukhuwah kerana matlamat kita satu
menuju Robb yang harapnya selalu kita letak dalam kalbu
kalau aku jatuh kau tarik tangan aku
kalau kau lelah mahu aku ingatkan kita hampir ke situ

jangan tersia usaha Syeikh Ahmad Yassin
jangan terjual akidah yang dipertahan Muhammad Morsi
jangan hinakan terlapahnya jantung Hamzah
jangan matikan sirah-sirah hidup semua pejuang fisabilillah

kita mampu menjadi Salahuddin Al Ayubi,
kita mampu seperti Sultan Al Fateh

ingat berkocaknya sepatu dengan darah
hanya kerana sayang rindu pada ummah !

Muhammad

mahukah kau islam tertegak atas bumi ?
Bangunlah !
mulakan pada diri sendiri. 


[47:7]aku percaya. kamu ?


*kerana seorang da'ie itu tidak gampang
kerjanya tak patut sembang kencang
fasiq itu salah satunya bila terlalu selalu gebang.
[2:44] , [61:2-3]