Mar 20, 2017

Melepaskan pergi

Malam ini
Aku menyusun perasaanku
Yang terterabur dek kamu
Iya, kamu
Aku mengutip satu-persatu
Kenangan yang aku simpan
Merata di benakku
Aku simpan kerana
Kenangan-kenangan ini
Membina harapan
Walaupun ia menyakitkan
Aku simpan sebab
Aku takut terlupakan
Rasa-rasa aneh yang pernah
Kau hulur pada aku
Aku simpan seperti harta karun
Sampai aku sendiri terlupa di mana
Tapi ada waktunya
Kenangan itu datang
Sewaktu aku sedang menangis
Melihatkan jelita senja
Dia duduk di sebelahku
Senyap membisu
Tapi nyamankan aku
Seperti baru semalam
Jantungku terhenti seketika
Sewaktu sepasang matamu
Memandang tepat ke arahku
Tapi aku seperti aku
Dengan petahku
Teruskan bicara
Seperti tiada apa
Sebelum ini
Anggapanku
Pandangan yang mampu
Membekukan hati itu palsu
Tapi hari itu
Aku sendiri menjadi hujah
Pada anggapanku
Ku cuba-cuba
Mencari-cari kisah lama
Oh, kali terakhir rasa yang begini
Itu datangya enam tahun sudah
Rasa sakit yang begini
Rasa nyaman yang begini
Dan seberat manapun rasanya hati
Malam ini
Aku berkeputusan
Melepaskan perasaan ini pergi

Apr 15, 2015

Dengan tidak megakui tuhan, kau sebenarnya mengisytihar perang dengan seluruh alam. Bertapaklah di batas bumi dengan hati yang tidakkan tenteram kerana alam  sedang menentangmu.

Mar 29, 2015

Longlai bukan henti

Terhempap langit.
Tapi nafas dunia belum habis,
belum habis lagi.
jangan berhenti.

Mar 25, 2015

Mungkin

Mungkin kita di muka surat sama
Tapi di perenggan berbeza.

Feb 25, 2015

Seposen

Dalam seposen yang tengah kita nak hulur,
akan ada

"Tah tah sindiket je ni."

"Eh pakcik ni macam sihat je, tak boleh kerja ke?"

"Ish nak bagi ke, seposen je."

Hulur jelah.
Kita tak tahu tang mana tuhan nak kira.
Ikhlas tu kita sendiri pun tak tahu sebenarnya.

Dalam poket yang berkepuk ratus ribu tu belum tentu kita punya.
Belum tentu.

Tapi sekurangnya apa kita hulur tu ada mungkin kita punya.

Kat sana.

Malas ah

Kadang-kadang bagus jugak malas ni.

Macam kau malas nak hidupkan wifi dan kau sebenarnya ketagih pencicit.

Macam kau malas makan dan itu membantu kau  berdiet.

Macam kau malas nak bising bila orang buat lahanat cari pasal dengan kau.

Dan macam macam lagi malas yang ada munafaat.

Selamatlah bermalasan.

Feb 24, 2015

Ekspektasi ii

Hidup dengan ekspektasi ni
Kau akan rasa dicurangi
Kau akan selalu marah
Dan sukar bahagia

Feb 23, 2015

Separa sedar

Bagaikan sedang separa sedar,
Beratur di barisan yang semakin pendek.

Beratur menanti kematian.

Kalau hari ini kita tak kenal tuhan,
nanti mati macam mana nak jumpa tuhan?

Feb 10, 2015

Ceritakanlah, harapan

Cuba sekali pandangkan belakang dengan hati yang sungguh-sungguh bersangka baik pada tuhan.

Ingatkan
jurang kufur mana pernah kau jatuh,
peluru jahiliyah mana pernah tebak kau.

Tapi kau tak hilang hari ini
sebab satu tali.
Tali kau gantungkan diri.
Tali milik tuhan.

Ceritakanlah, harapan.

#bukanceritabunuhdiri

Jun 13, 2014

Cengkerang

"Seronok duduk dalam cengkerang?".

"Kadang-kadang".

"Tak nak keluar?".

"Takut".