sembilan belas tahun tuhan beri aku nafas. tuhan beri aku hidup. tuhan beri aku rasa. tuhan beri aku cinta.
tapi bagai baru semalam aku mengerti akan tujuan aku diberi semua itu.
aku tak harap kau ingat tanggal aku meninggalkan alam rahim.
namun andai kau hirau akan nombor sejarah itu ,
aku cukup merasa terkesan. buat yang tekun menyusun idea menjadikan ini hari teramat istimewa,
terimalah kasih yang aku pinjam dari tuhan.
sungguh, aku belum tentu mampu memberi kamu yang sebegitu.
buat saudara-saudara seibu (hawa) sebapa (adam) dan setujuan yang tak lelah menyusun doa hanya buat aku.
aku terharu.
semoga malaikat mengaminkan yang sama buat kamu.
dan saat ini,
bila aku sedar umur aku bertambah satu,
hidup aku bertolak satu,
aku semakin dekat dengan kiamat kecilku.
aku masih belajar untuk rindu pada mati.
kerana janji tuhan itu pasti.