erti 'aidilfitri
dari pelbagai fahaman 'aqli
setiap insani
memegang satu definisi
definisi kita berbeza
berdasarkan cara kita
melihat dunia
adakah aidilfitri
sekadar menziarahi?
memohon maaf salah
dan khilaf diri?
atau masa bersuka ria
dan bergembira?
hari berpesta
sanak saudara?
kita menjadikan
aidilfitri pintu
pembaziran,
pintu hiperbola
keseronokan,
pintu makan sakan,
pintu media hiburan,
pintu maraton
filem antarabangsa dan tempatan,
pintu beramai-ramai
ke kuburan,
pintu berpakaian
tak ingat Tuhan
pintu atas segala
macam kemungkaran ,
yang telah dijadikan
tradisi zaman-berzaman
apabila garisan
sempadan
antara hak dan
kebatilan terpadam,
tercampursebati
halal dan haram
cuba kita batini, rasa sebenar
aidilfitri
tak salah ziarah-menziarahi
maaf-memaafi,
tapi sunnah nabi
ini bukan hanya
di aidilfitri
layakkah kita menyambutnya
sebagai suatu kemenangan
sedangkan nafsu
kita rajakan
sewaktu ramadhan
aidilfitri waktu
bermuhasabah diri
adakah kita
ikhlas lillahita'ala
atau sekadar
menipu atma
bahawa
aku juga seperti mereka
aku juga seperti mereka
*bukan nak tuding jari, tetapi nak membangkitkan sedar yang masih lena di ranjang mimpi