Jun 16, 2012

lahir kembali

Lailahaillallah muahammadurrasulullah.
In The Name Of Allah he Most Gracious The Most Merciful
Peace be upon all of u my friends, readers, ikhwan wa akhowat. (:

Ya Allah, terima kasih untuk peluang melihat alam ini lagi, peluang untuk bertaubat atas segala kejahilan dan kezaliman terhadap diri. Maaf ku pohon dari-Mu andai Kau cemburu terasa diduakan. Terima kasih untuk rasa ini, hati ini,kasih sayang ini. Masih ada lagi insan-insan prihatin yang ingi memperjuangkan. Masih ada lagi insan-insan yang mampu membuat aku terasa begitu kecil atas sebab terlalu cetek ilmu yan perlu aku ambil tahu. Selagi kalimah Allah masih dibibir, moga bumi ini masih diberi peluang bernafas agar makhluk yang mendiaminya masih mampu menyedari kebesaran Ilahi. Saat akal dan hati diberi peluang membuat kelipan kelopak matanya tentang realiti, kondisi masa kini dalam sebuah komuniti. Terima kasih untuk peluang menyedari betapa besar dan beratnya amanah manusia sebagai khalifah di muka bumi. Ya , hakikatnya semakin terserlah hikmah tertakdirnya aku di sini atas kehendak-Mu .Agar aku dapat melihat lebih dekat kejelekkan manusia yang selama ini hanya menjadi bicara picisan. Apabila kuasa itu neraca kehidupan, iman terbiar layu sendirian, hati serta mata 'ter' buta akan dunia. Bukan tidak tahu, tapi tidak mahu. Apabila syariat ingin ditegakkan, akan ada jiwa-jiwa yang digoda syaitan.

Diskusi ini satu muqaddimah untuk bermujahadah. Belajar tentang fikrah mereka yang baru kita kenali. Rupa itu takkan selalu seindah khabar. Tapi itu bukan tujuan perkongsian ini. Perkongsian ini memberi gambaran bagaimana uslub mengubah rupa yang hodoh tadi.

Pemimpin.

Dalam setiap satu organisasi baik seinci mahupun gergasi jawatan tertinggi seharusnya Yang Maha Mengasihi. Pilihlah pemimpin yang terbaik imannya. Kerana sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah itu adalah yang paling bertakwa. Adakah kita tegar melihat yang memimpin itu dia yang tidak tahu erti Lailahaillallah. Ini bukan bias. Ini akidah. Benarkah imanmu itu sedangkan kau belumpun diuji.

Mengapa Al Fateh bisa menjadi syabab Islam yang hebat. Kerana imannya, hatinya diserahkan hanya buat Yang Layak. Malam ini bukan suatu beban tetapi satu kelegaan kerana masih ada yang ambil tahu. Yang penting itu selalu diambil enteng. Ilmu itu perlu teramat disimpan di dada. Dada itu harus bersih.  Niat itu harus ikhlas. Tidak tahu sejarah, bisa mejadikan muslim itu rabun
dikaburi kabus yang dicipta si pewaris agenda-agenda besar dunia untuk menakluk Islam. Silapnya tampuk pimpinan membina 'jambatan' buat sang raksasa menanam  bom jangka yang tidak kita tahu bilakan meletus memusnah ummah.


Apa erti 'duniawi wal ukhrawi' ? Spiritual+intelek . Dr=ustaz. Ir=ustazah, Prof=ustaz. Bicara mereka bukan sekadar omong kosong tetapi berhujahkan Kalam Sang Pencipta. Mereka tidak hanya meyesakkan otak memikirkan sebab untuk menimbulkan perbalahan tetapi mengkaji untuk memberi kesedaran. Islam itu hidup, Islam itu cukup. Islam itu Allah. Allah itu segalanya. Misi menelusuri hati insani untuk membina gagasan ummah memerlukan askar bukan hanya daripada kalangan saudara. Strategi perlu berkualiti . Perangkaan, perancangan, perlaksanaan. Menjadi pemimpin memerlukan kamu berpandangan jauh. Setiap dari kamu ini istimewa baik jahil mahupun tidak. 

Masih ada yang ambil tahu. 

Apabila 'sajian barat'diagungkan, sedang baru setitis menghirup nikmat untuk akrab dengan Ilahi. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu Yang Sempurna. Menjadi pemimpin tidak bererti perlu berjawatan. Menjadi pelajar bukan sekadar belajar. Ada misi yang belum diselesaikan. Selagi hayat dikandung badan, moga tak lekang hati yang kotor ini mengingati-Mu agar ia suci sesuci yang termampu. 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Ya Allah janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami setelah kau berkan petunjuk-Mu. To Realise The Meaning of Mercy tO Mankind. 

Dalam dunia ini tak perlu ada istilah sibuk, tapi banyak kerja ada. Andai waktu itu terasa sibuk, percayalah masih ada khilaf dalam mengurus waktu seharusnya.

Setakat yang termampu ku coretkan pengalaman untuk meningkatkan iman, agar tak lapuk ditelan zaman , tak hilang ditelan makan.