Hijab
sepotong kain atas kepala
atau sehelai kain melindung muka
bukan pada corak warnanya
atau pada bentuk rupanya
Hijab
itu manifestasi pada dunia
aku ini islam,
iya dunia.
aku ini islam.
aslamtu lirobbil 'alamin
aku berserah pada Tuhan empunya alam
'izzah dalam berserah
hijab ini
bukti aku punya harga diri
ada integriti
hijab ini identifikasi
pada ajnabi
aku ada ekspektasi
hijab ini
bukan cuma pada yang terzahiri
tapi hijab hati
malu untuk menjadi 'asi
malu untuk meninggi diri
malu memungkiri
malu malu malu
berjalan dalam amanah dae'i
membuatku mampu
berpijak pada
mana mana daerah bumi
sambil hijabku mengujar
"mari ke mari, kenali kami"
"soalkanlah persoalan hati"
hijab perlu pada mentaliti
hijab perlu pada nurani
kerna ia seperti membawa panji Ilahi
hijab itu bukti setiap hari adalah perjuangan
peringatan agar taat pada perintah Tuhan
hijab bukan lesen untuk kau sergah orang melaku kesilapan
hijab bukan simbolik kesempurnaan
hijab bukan bererti tiada kekhilafan
hijab tak jadikan syurga itu kepastian
hijab menutup 1001 keaiban.
hijab.
terlalu banyak perungkaian.
dan kerana itu terlalu ramai
yang tak silu mempersoalkan
mencipta definisi sedang mereka bukan hijabi
sesuka hati mewakilkan diri
mengganti suara kami
kalau hijab cuma sepotong kain atas kepala
kenapa terlalu si kafir peka ?
kenapa isunya berhijab itu berbeza ?
dah tu kenapa tak ban lady gaga ?
Hijab itu berkait rapat dengan sebab
kita hidup di dunia
Jadi kau pakai hijab kenapa ?
Apakah jawapanmu itu
Suatu yang kau pegang dan percaya?
Atau sekadar rasa-rasa dan teka-teka?
Cari.
Kerana jawapan yang benar
Dengan izinNya
Kan mengubah pandangan
Dunia
Pada hijab kita.