in the name of Allah The Most Gracious, The Most Merciful.
dah berabad rasanya kanda mata pena tak mencumbu bibir manja dinda kertas.
aksara-aksara ini dah terlalu lalu dieramkan , ia tak sabar mahu tonton dunia. menetas. apa yang ia mahu bicara , infiniti barangkali. satu hanya yang bakal diekspresi . tapi bisa gegar hati, sendiri . pecah . merah . bayang-bayang . hitam .
aku. malu mahu sebut nama tuhan sebab terlalu banyak dia ku guriskan. walau ku tahu tak sedikit ternatijahkan . takkan mungkin, kan dia tuhan . datangnya setiap bala , bencana , mala & petaka itu membawa damai. kerana tuhan mahu manusia sedar dan bertuhankan tuhan . apa kelas manusia bertuhankan manusia ? raga kugagahkan . ku sabdakan jua nama keramat itu. sejuk. sayu . hangat di gebu .
barangkali dah sembilan ratus dua puluh tiga tahun aku lalu jalan itu . jalan yang aku tahu . sesat itu . pasti benakmu bertanya , mengapa ? jawapan yang bakal kuberi bukan untuk puaskan kamu atau aku , atau untuk pertontonkan apa yang telinga kau mahu disuap dan mulut aku mahu dengar . tapi jujur dari hati. ini jawapan jujur dari hati . aku malu . sebabnya , di setiap kali aku tersungkur . sedangkan aku sedar mata aku kabur . kaca kantaku berjelebu , cuma tangan ini tak pantas menjernih pemerhati . dan di setiap kali aku tersungkur tadi , bergelimpangan dalam hanyir lumpur jijik , di setiap kali itu aku tahu andai aku pinta pada tuhan , sucikan aku. dia takkan pernah berpaling dari aku . & kerna itu aku malu mahu sebut namanya dengan bibir aku yang selalu berdusta .
barangkali lagi aku meneka mereka lihat aku , bercahaya . malaikatkah dia ? hipokrasi itu tak hanya atas politik bumi . tapi boleh jadi hipokrasi atas tanah hati , tahu ? aku mahu teka lagi , mungkin ada saja yang bertutur pada hati , " dia ni bukan baik sgt ni , cume nak selindung-selindung aib sendiri . " aku tak mahu tepis . tahniah . kau tak menipu . terpulang jika mahu sinis . aku tak terguris .
dan amat merintih di sini , kerana sayang telah mati . ditelan amarah manusiawi . yang muda terlalu mentah , kalau dia buah , dia kelat . kalau dia jagung , dia setahun . yang tuanya terlalu masak . kalau ikan kilas di air , dia tahu jantinanya . kalau ada lomba darah yang paling tinggi dia menang barangkali.
bila hormat ditikam kejam . bila malu terkedu diam .apa yang tinggal cuma nafsu dan syaitan .
kan nabi dah pesan , nabi dah pesan . aku tahu erti hati mereka cedera . mungkin sedang tersedu dan menangis . aku ingin pujuk tapi tak bisa sebab yang tangis dan sedu itu hati . yang terzahir cuma amarah buta yang kadangkala mungkin tambah sengketa dalam cerita . cuka pada luka . aku rindu harmonis yang dah tergantikan wajah lesu . mata kelabu . kabut datang . dingin terpa . sampai ke tulang . semua bertapa . yang tinggal hanya takut dan kusut .
kerana manusia itu selalu bila dah tersungkur , baru nak ingat tuhan.
ini post rasa , tulis , puas. tanpa fikir . maaf .
kali ini cara aku beda.
jangan ditanya . aku tiada jawapannya.
cercalah kalau kau rasa itu membina.