Satu persatu
kancing-kancing aibnya
kau buka.
Segala bagai
inci perincinya
kau tambah perisa
tersebarkan bak spora-spora
bercambah
di mulut-mulut telinga
agennya lidah
yang manis
ya mungkin
belum nyata
yang kau sedang
menikmati
isi dan darah saudaramu
sendiri
dan kerana itu,
teruskanlah melapah
tanpa secebis rasa bersalah.