Dah terlalu lama rasanya
tiada sendu dan tangis syahdu
yang aku titipkan khas buat-Mu
barangkali hatiku kini
di bawah takat beku
saban hari mengutip dosa
tercungap
sesak
dek asap dunia
aku rindukan
rasa
di saat
kehangatan mengalir lesu
membasahi wajah ini
kerana rasa itu tidak menipu
bukan direka
rasa itu hanya hadir dengan
kuasa Dia
air mata itu anugerah,
anugerah kasih sayang yang maha penyayang.